alhamdulillah! tahun ni walaupun ekonomi dalam kegawatan , daku dapat beraya di kampung hasil pelawaan bondaku dan adik-adik perempuanku ....lama sungguh aku tak balik kampung dan beraya di sana. Memang family ku tak suka beraya di kampung..sebab sunyi bagi kami, tapi selepas kematian ayah...eloklah kami menjenguk kampung supaya menjadi ingatan pada sanak saudara yang tersebar luas di utara semenanjung daripada alor star hinggalah ke lumut. Lagipun pada hari raya ke 7 hari perkahwinan anak buah ku yg bernama nor azura bt badrul shah.
pada 24 sep , 2009 - 5.15 pagi kami bertolak dari emerald west menuju ke alor star , berhenti sekejap untuk solat subuh di hentian tg. malim , breakfast di hentian kuala kangsar pd jam 8pg dan rumah pak su din taiping bagi tujuan menghantar bunga . Kami tiba di alor star sekitar jam 11.oopg. sepanjang perjalanan trafik bergerak lancar dan tak banyak kereta, cuaca agak baik sekali.
setiba di rumah pak chaq aziz embi ( abang sulung kpd bondaku).,.tok che nu (bonda ku punya bonda lah), sepupuku yg ku panggil kak da serta family turut ada di sana, kak da cuma tua 2 hari daripadaku , nama penuhnya filda aniz lulusan uk dan suaminya kerja petronas sekarang sudah pakai merc. mewahnya rezeki mereka ... malah sudah dapat ana baru lagi. alhamdulillah mereka sudah berjaya. tok daku mengadu padaku..., "kaki tok bengkak....orang kata kaki bengkak nak mati". ku memujuknya " jangan risau tok ...tu sakit biasa je , insyallah tak lama lagi baik la. usia sudah mencapai 80 lebih, masa mudanya wajah macam hindustan tapi sekarang masih mampu berjalan..dan tidak pula nyanyuk. ketika beberapa bulan sebelum arwah tok wan embi (suaminya) meninggal dunia , ketika ku disampingnya sambil memicit badannya lalu tok wan ku berkata padaku " tok wan ni tak lama lagi" , selang beberapa bulan dia pun pergi selama-lamanya dan di kuburkan hampir dengan tok wan abu bakar (ayahanda kepada ayahandaku- yang meninggal pada 1970) di tanah perkuburan gunung semanggol.
ma chaq mahnum isteri kepada pak chaq ku masak kari ayam ala kedah ..baik punya aromanya, sayur untuk menjadi santapan tengahari. ikan masin dan sambal belacan pun ada, bestnya. mereka semua belasah nasi , aku sorang meratah lauk pauk. aida sahabatku tidak lupa sms pada ku
No comments:
Post a Comment