salam aidil fitri ! alhamdulillah ! rakyat Malaysia dapat menyambut aidil fitri dengan aman , hari ni sudah raya ketiga. Najib perdana menteri malaysia memberi ucapan aidil fitri berdasarkan konsep 1 Malaysia. Bagi daku konsep ni kurang berjaya kerana banyak perlu diperbaiki kerana kerajaan Malaysia yang di takbir oleh barisan nasional tidak mendapat kepercayaan d hati rakyat lagi. Di dalam suasana aidil fitri ketika kujung mengunjung rumah-rumah teman-teman dan sanak saudara rata-rata bila berbicara soal politik, semuanya memihak kepada pakatan rakyat, aura pakatan rakyat terserlah. Inilah petanda barisan nasional akan mengalami nasib seperti parti LDP jepun pada PRU 13 nanti jika para pemimpinnya benar-benar tidak berubah cara mereka berfikir. Ini apa yang Tun Mahathir suarakan kepada pemimpin tertinggi MIC - Samy Vellu yang tk sedar diri. LDP jepun tumbang setelah memerintah jepun 54 tahun, semuanya krisis dalaman dan hampir semua kerajaan di dunia tumbang dek kerana krisis dalaman dan tamak.
persiapan hari raya pada tahun ni cukup serderhana sekali kerana kelembapan ekonomi masih belum pulih lagi . Daku hanya belanja tidak lebih daripada RM150 bagi persiapan menyambut aidil fitri tahun ini. ekonomi ku merundum pada tahun ini, insyallah tahun depan rezeki berlimpah ruah. selalunya ku ke hatyai thailand untuk membeli belah 2 bulan sebelum ramadhan. habis juga RM1500 bila pergi ke sana tapi itu termasuk hotel 2 malam, belanja makan minum dan pengangkutan.
ku masih kesedihan kerana sahabat terbaik ku di dunia, iaitu ramadhan telah pergi meninggalkan daku, madrashah ramadhan membuat hatiku lunak pada Allah. ku tidak tahu samada tahun depan bisa ketemui lagi ramadhan. ku bertakbir dan bersolat aidil fitri di surau munawarah , taman tadisma , sect. 13 shaha alam, khutbah aidil fitri menyentuh hati. pada paginya ku beraya di perdana apartment tempat tinggal ku dan petangnya ke rumah bonda di emerald west, rawang, tahun ni kali kedua ayahanda tidak bersama kami kerana sudah pergi buat selama-lamaya. almarhum tidak sempat tinggal rumah baru di emerald. maaf zahir batin
JANGAN MARAH LAGI....
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment