22 September, 2009

aida dr spa di bandar hilir melaka

aida oh aida ! sahabat baru ku......, kami berkenalan di tempat kerja aida, setelah ku melancar blog safana orleans , dialah orang yang pertama yang ku beritahu tentang blog ini, sedih sekali ketika beliau beraya di lembah klang kami tidak bertemu.
secara tdk sangka - sangka kami jadi sahabat baik, kami saling memahami....itulah kehendak Allah.
aida seorang yang ada ketegasan, impian dan wajah nya sexy...tp sudah terpunya hatinya, tapi kawan biar berjuta tapi musuh jangan di cari. dialah antara sahabat yang kerap sms ku kalah dian atau francis dan dini. susah nak cari sahabat begini. ku suka begitu at least ku tahu perkembangannya.
dia sudah kembali ke melaka..., alhamdulillah dia selamat dalam perjalanan....ku harap kemeriahan aidil fitri ini menceriakannya. tidak lama dulu pada tahun 8oan daku punya teman di melaka juga bernama Norra dari airport kawasan melaka , lupa nama tempat nya ...something berendam tapi tidak sehebat aida . bacalah blog dia sirihgambir sudah pasti anda terpesona dengan celotehnya. hadirnya dia hidupku dapat mengendurkan kesepian hidupku.
aida hidup ini perlu ikut pepatah iban "agi nidup agi ngelaban" dalam bahasa melayu berbunyi "lagi hidup selagi itu berkorban" tapi jangan sampai terkorban dek dunia kerana apa yang kekal itu adalah akhirat,

salam aidil fitri

salam aidil fitri ! alhamdulillah ! rakyat Malaysia dapat menyambut aidil fitri dengan aman , hari ni sudah raya ketiga. Najib perdana menteri malaysia memberi ucapan aidil fitri berdasarkan konsep 1 Malaysia. Bagi daku konsep ni kurang berjaya kerana banyak perlu diperbaiki kerana kerajaan Malaysia yang di takbir oleh barisan nasional tidak mendapat kepercayaan d hati rakyat lagi. Di dalam suasana aidil fitri ketika kujung mengunjung rumah-rumah teman-teman dan sanak saudara rata-rata bila berbicara soal politik, semuanya memihak kepada pakatan rakyat, aura pakatan rakyat terserlah. Inilah petanda barisan nasional akan mengalami nasib seperti parti LDP jepun pada PRU 13 nanti jika para pemimpinnya benar-benar tidak berubah cara mereka berfikir. Ini apa yang Tun Mahathir suarakan kepada pemimpin tertinggi MIC - Samy Vellu yang tk sedar diri. LDP jepun tumbang setelah memerintah jepun 54 tahun, semuanya krisis dalaman dan hampir semua kerajaan di dunia tumbang dek kerana krisis dalaman dan tamak.
persiapan hari raya pada tahun ni cukup serderhana sekali kerana kelembapan ekonomi masih belum pulih lagi . Daku hanya belanja tidak lebih daripada RM150 bagi persiapan menyambut aidil fitri tahun ini. ekonomi ku merundum pada tahun ini, insyallah tahun depan rezeki berlimpah ruah. selalunya ku ke hatyai thailand untuk membeli belah 2 bulan sebelum ramadhan. habis juga RM1500 bila pergi ke sana tapi itu termasuk hotel 2 malam, belanja makan minum dan pengangkutan.
ku masih kesedihan kerana sahabat terbaik ku di dunia, iaitu ramadhan telah pergi meninggalkan daku, madrashah ramadhan membuat hatiku lunak pada Allah. ku tidak tahu samada tahun depan bisa ketemui lagi ramadhan. ku bertakbir dan bersolat aidil fitri di surau munawarah , taman tadisma , sect. 13 shaha alam, khutbah aidil fitri menyentuh hati. pada paginya ku beraya di perdana apartment tempat tinggal ku dan petangnya ke rumah bonda di emerald west, rawang, tahun ni kali kedua ayahanda tidak bersama kami kerana sudah pergi buat selama-lamaya. almarhum tidak sempat tinggal rumah baru di emerald. maaf zahir batin